Hidup kita berbeza… saiz kasut pun xsama..
raja…xmungkin faham rasa menjadi hamba….
Ikan jua tak
mungkin akan faham rasa menjadi seekor kucing…
nikmatnya kotor lumpur dibadan si kerbau takkan mau
terpalitkan walau sedikit di kaki kuda… kalaupun terpalit…kuda takkan faham
bagaimana rasa untung dibawa lumpur…
jijik cacing ditanah
dipandang mata tapi sedap pada sang ayam….. kita pun takkan pernah faham
rasa sedap yg dirasa sang ayam..
BAHAGIA....
Itu subjektif.
….......
Sesungguhnya aku sering bertanya kepada diriku…….
apakah
aku ini tak ada cita2 dan impian? Dan mengapa hidupku tidak selelah mereka….
Akukah yang tak berupaya untuk hidup…
akukah yang tidak
berhajat dalam kehidupan….
akukah yang tidak bercita2 tinggi….
Atau akukah yang
tak mahu bersusah2 untuk mencapai cita2….
Akukah?
Sejujurnya….aku pun penat melihat mereka berpenat……….hatiku
perit……..sakitnya dalam….lukanya taknampak……..
Aku ingin mereka Tenang….
Tenang jua subjektif….
Tenang padaku…mungkin saja sunyi pada mereka…..
Bising padaku…mungakinsaja meriah bg mereka….
entah. aku tak tahu…
Sungguh…. Aku tak dapat meneka apa difikiran mereka…apa di
hati mereka…..
Aku Cuma mahu 1….
Agar mereka menghayati erti2 hidup di usia tua…..
dah cukup mereka berpenat lelah membanting tulang di usia
muda….mengapa nak terus mengabdi tubuh pada harta dunia.. memungut sisa yg tak
seberapa… bukanlah lebih molek kalau usia emas itu disibukkan dengan ibadah
kepada tuhan?
Ibadah kepada tuhan jua pada firasatku terlalu subjektif.
Kita..mungkin saja mudah mengira ahli masjid sebagai org yg
banyak beribadah… tapi allah jua maha pemberi rahmat … aku percaya setiap
perkara baik yang diniatkan kearah kebaikan…pasti akan mendapat pahalanya yang
berbeza nilai…terpulang kepada keikhlasan hati manusia dan allah pasti sangat
adil dalam pemberian rahmatnya. .. soalnya.. pahala dan dosa itu bukan hak
manusia untuk dinilai atau dipersoal..
Aku…mungkin sahaja mudah mengandaikan mereka sibuk dengan
urusan dunia sampai lupa beribadat kepada allah……………astagfirullah..………beribadat itu, memangnya
hanya di surau3..di masjid2…atau di tikar sejadah?
tahukah aku seandainya sewaktu mereka sibuk menjalani kehidupan
dunia, lidah mereka tak henti mengucapkan zikir kepadaNya? Tahukah aku entah2
pada waktu mencangkul tanah itu hati mereka ikhlas mengucapkan taubat
mengingati kebesaran allah? Saat memotong rumput hati mereka mengucapkan syukur?
Tahukah aku akan apa yang sarat dalam fikiran mereka? Ya…aku tak tahu…jadi
jangan mudah memikirkan yang tidak2..
aku Cuma sedih bila melihat betapa terkejar2 mereka dalam
menjalani urusan dunia…..
pernah suatu ketika aku menziarah rumah seorang sahabat di
n9… sesaat kaki melangkah masuk ke dalam rumahnya….
Bahagia kurasakan meresap
ke dalam hati.. terasa betapa benar ungkapan “rumahku syurgaku” yg tak pernah
akurasakan sebelum ini…… org yang mencipta ungkapan itu pastinya terlebih
dahulu merasakan bahagia tatkala dirumahnya…=))
lapang…. Damai….luas…. hening…. Tiada lgsg unsur2 kebanggaan
dunia untuk dipamerkan….zuhud,,..
Tuhan……. Seandainya aku
punya kesempatan untuk memiliki rumah sendiri suatu hari nanti… semoga aku mendapat “rasa”
begini di dalam rumah tersebut….

we never know.pray for the best. insyaAllah
ReplyDeletebahagian masing2, ujian masing.
ReplyDeletebagaimana mahu kita kata kita beriman, sedang belum diuji Tuhan?
berlapang dada mungkin salah satu jalan terbaik bagi menggapai tenang saat ini, kawan.
doa anak y soleh insyaallah boleh menebus dosa ibu ayah nya.
dan manis lagi kalau setiap amal n sedeqah jarian kita niatkn sekali untuk mereka.