Thursday, May 22, 2014

Post ini untuk diriku..



















Hidup kita berbeza… saiz kasut pun xsama..

raja…xmungkin faham rasa menjadi hamba….

Ikan jua tak mungkin akan faham rasa menjadi seekor kucing…

nikmatnya kotor lumpur dibadan si kerbau takkan mau terpalitkan walau sedikit di kaki kuda… kalaupun terpalit…kuda takkan faham bagaimana rasa untung dibawa lumpur…

jijik cacing ditanah  dipandang mata tapi sedap pada sang ayam….. kita pun takkan pernah faham rasa sedap yg dirasa sang ayam.. 

BAHAGIA....

Itu subjektif. 

….......

Sesungguhnya aku sering bertanya kepada diriku…….

apakah aku ini tak ada cita2 dan impian? Dan mengapa hidupku tidak selelah mereka….

Akukah yang tak berupaya untuk hidup…
akukah yang tidak berhajat dalam kehidupan….
akukah yang tidak bercita2 tinggi…. 
Atau akukah yang tak mahu bersusah2 untuk mencapai cita2….
Akukah?

Sejujurnya….aku pun penat melihat mereka berpenat……….hatiku perit……..sakitnya dalam….lukanya taknampak……..
Aku ingin mereka Tenang….

Tenang jua subjektif….

Tenang padaku…mungkin saja sunyi pada mereka…..
Bising padaku…mungakinsaja meriah bg mereka….
entah. aku tak tahu…

Sungguh…. Aku tak dapat meneka apa difikiran mereka…apa di hati mereka…..

Aku Cuma mahu 1….
Agar mereka menghayati erti2 hidup di usia tua…..
dah cukup mereka berpenat lelah membanting tulang di usia muda….mengapa nak terus mengabdi tubuh pada harta dunia.. memungut sisa yg tak seberapa… bukanlah lebih molek kalau usia emas itu disibukkan dengan ibadah kepada tuhan?  

Ibadah kepada tuhan jua pada firasatku terlalu subjektif. 

Kita..mungkin saja mudah mengira ahli masjid sebagai org yg banyak beribadah… tapi allah jua maha pemberi rahmat … aku percaya setiap perkara baik yang diniatkan kearah kebaikan…pasti akan mendapat pahalanya yang berbeza nilai…terpulang kepada keikhlasan hati manusia dan allah pasti sangat adil dalam pemberian rahmatnya. .. soalnya.. pahala dan dosa itu bukan hak manusia untuk dinilai atau dipersoal.. 

Aku…mungkin sahaja mudah mengandaikan mereka sibuk dengan urusan dunia sampai lupa beribadat kepada allah……………astagfirullah..………beribadat itu, memangnya hanya di surau3..di masjid2…atau di tikar sejadah? 

tahukah aku seandainya sewaktu mereka sibuk menjalani kehidupan dunia, lidah mereka tak henti mengucapkan zikir kepadaNya? Tahukah aku entah2 pada waktu mencangkul tanah itu hati mereka ikhlas mengucapkan taubat mengingati kebesaran allah? Saat memotong rumput hati mereka mengucapkan syukur? Tahukah aku akan apa yang sarat dalam fikiran mereka? Ya…aku tak tahu…jadi jangan mudah memikirkan yang tidak2..  

aku Cuma sedih bila melihat betapa terkejar2 mereka dalam menjalani urusan dunia….. 

pernah suatu ketika aku menziarah rumah seorang sahabat di n9… sesaat kaki melangkah masuk ke dalam rumahnya…. 

Bahagia kurasakan meresap ke dalam hati.. terasa betapa benar ungkapan “rumahku syurgaku” yg tak pernah akurasakan sebelum ini…… org yang mencipta ungkapan itu pastinya terlebih dahulu merasakan bahagia tatkala dirumahnya…=)) 

lapang…. Damai….luas…. hening…. Tiada lgsg unsur2 kebanggaan dunia untuk dipamerkan….zuhud,,.. 

 Tuhan……. Seandainya aku punya kesempatan untuk memiliki rumah sendiri suatu hari nanti… semoga aku mendapat “rasa” begini di dalam rumah tersebut….

 

Tuesday, May 13, 2014

THE MUST READ BOOK (NOTA CINTA UNTUK CIKGU-Fatimah Bunyamin)

ASSALAMUALAIKUM..
 
 aku baru je beli buku ni tym menghabiskan baucer buku hari tu...xplan pun nak ambil this book at first...tapi hati aku tergerak untk ke bahagian itu dan tangan aku jua tergerak untuk mencapai buku ni sebab dari tepi nampak cantik dan lovely...=)) ehem2...mood mcm berbunga2 je? hahaa....

dan alhamdulillah.....
 mmg tak rugi untuk aku beli...sangat...sangat...sangat menyentuh hati dan membuka fikiran.... tulisan fatimah bunyamin...ini karya dia yg pertama aku beli..dan tak sure if dia ada buat buku lain tapi buku ni..much10000x better than ada satu buku yg aku beli 'cara mendorong pelajar corot' tulisan ____________.

buku ni, sangat mudah pendekatannya...dan sangat kreatif penulisan dia..gaya bahasa dan penceritaan yang bersahaja tapi penuh berhikmah..telah membuatkan aku baca dari awal sampai habis one shot. hehehe...banyak kisah berhikmah yg dari pengalaman penulis sendiri..

aku....sangat suggest kepada bakal2 guru....guru2...guru tusyen...guru pendidikan khas.....malah bakal ibu,ayah yg merupakan guru pertama buat anak2....mari belajar cara psikologi untuk menawan hati anak... 

"maka dengan rahmat Allah engkau bersikap lemah lembut terhadap meeka. sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka lari dari sekitarmu"  -surah ali-imran;159-


akhir kata..ingin aku menaip antara kata yg terkandung didalam buku yg membuat aku tersentuh jua...

"kalau kanak2 tidak dapat belajar dengan cara kita mngajar, maka kita mesti mengajar mereka mengikut cara mereka dapat belajar"   -Pillock & Loaller-