Thursday, April 24, 2014

menjadi pelajar semula. (^^,)



23 april 2014 (rabu)

Mendaftar kan diri sebagai pelajar master di uitm. Perjalanan hari ini,Alhamdulillah…syukur…semuaberjalan dengan sangat lancar tanpa ada sebarang masalah…syukur, dipermudahkan Allah… 

Bertolak dari puncak jam 11++am…setelah dapt tandatgn dr.maria (untuk bhg fakulti)…penyelaras postgradstudent… sampai s.alam terus ke pk…hntr medical checkup..then ke menara saas….nak mintak sign en.fakharul tapi encik xd pulak…then tpaksa mintak sgn en shamsul… sebagai pengadil untuk permohonan mybrain.. dia xpernah pulak ajar ak…setelah beberapa soal jawab dengan en.sham, akhirnya dia setuju jugak nak sign as pengadil untuk mybrain ak…syukur..=)))….

Naik tingkat 6 menara saas, n buat kad matrix… xsampai 5 minit…siap..alhamdulillah…xpayah beratur pun..syukur Alhamdulillah…then nak g ipsis n igs dah jam 1pm…ak,iqa n shikin pun g mkn kat giant s13.. ade budak ngidam nak sizzling…haish..ngalahkan org pregnant 6bulan.lepas makan g solat kat giant n trus g OUM…kat s.13 jgk…shikin nak hantr claim haritu xsiap2…then, jam 2.30pm g ipsis n igs kat intekma. Kat sana pun syukur…semua selamat…dan mudah…dan cepat…=)jam 4 dan sampai puncakalam dah…hntr ofer leter yang igs dah cop kat zana n trus g amek baucer buku…=))) mihihhi…xsabonyeeee nak soping buku2 tuuuu!!!!!!!!!!!!! Heheheheheh



dapat kat ipsis....


Petang tu,lepas solat asar,kami pun pergi ke tasik untuk menjamu ikan2 yang kelaparan..=)) ada mereka yang cuba membuat onar dengan cubaan menangkap ikan. Tgk.gambar telah di snap.lepas ni aku hntr kat pak gad. Hehe..ok.aku acah je..

ikan kat sini mmg jinak2..=)) lepas tangkap,ktorang lepasbalik...=)))) saje nak main tangkap,tanda,lepas dan tangkap semula..

budak sham ni pun satu...geram smp plastik pun bolehjadi jala..=))

aku berharap sgt dapat grad on time...aku rasa semua budak postgrad research akan ad harapan yg sama... dan aku harap sgt time konvo nanti boleh bawak mak ayah n incik husband hahahahaha(kalaulah.....ok..sila aminkan semoga aku cepat bertemu jodoh yg terbaik untukku..)..

=)) ameenn....=))


Wednesday, April 23, 2014

larian MILO...



Larian marathon pada hari ahad yang lalu.

Kami bergerak dari puncak jam 5suku pagi…sampai di putrajaya orang azan subuh. Alhamdulillah.ktorang parking n solat di masjid besi bak kata org.nama sebenar gue lagi ngak ingat dong. Tapi cantik dan moden masjidnya…=)) cantik sangat2..sempat kitorang solat subuhberjemaah…alhamdulillah…

usai solat, kami pun berjalan untuk ke dataran…pergh….. banyak beno rakyat yg nak ngikut beta berlari…hahaa

Aku? 

Takdelah aim aku tinggi sgt….aku tau daya keupayaan ak…Cuma berharap dapat habiskan dalam masa 1jam 30min…7km…insyaallah….
Tepat 7.30am…tembakan pun bergema dan kami semua pun………BERLARI. Ehheheee….

Aku?
Berlari?
Hehehe….tak percaya,kan….ok,ok…. 

Aku berlari la jugak…..kat starting2 point tu kan banyakcamera….yg terbang..yg ditepi2… So….ak n shikin pun acting lah berlari…haha..lpas dalam 100m…then ade seseorang berkata kepadaku…jom,kite jalan? Hehehehe

Mmg aku tunggu je seseorang tu ucapkan ayat keramat tersebut…hahaaaa…
Then ktorang jalan…=)) jalan laju2 tau…bukan jalan mcm kat soping mall tu…

Kitorang jalan je…..
Jalann je…
N jalanje…..
Sesekali teringat pesan mak aku…

dy salu ulang2 kat telfon bila setiap kaliaku telfon masa belajar dulu..

selain “mengaji setiap hari…kalau boleh setiap pagi sebelum ke kelas baca yasin..”

atau “cuba hafal ayat2 quran…kalau surah yasin yg panjang tu  boleh hafal,surah2 lain mcm surah al mulk…surah almukminun…surah sajadah…n surah2 lain mesti boleh hafal…”

atau “masa tengah mudah ni senang lg nak hafal…nanti dah tua mcm mak susah benar dah nak hafal”

dia jugak akan pesan mcm ni

 “setiap langkah nak pergi kelas tu berzikir…subhanallah…walhamdulillah…walailahaillallah… wallahuakbar…”

“kalau boleh jangan lekang dari lidah kita ni zikir”

Well…..You,know…my mum~~~~ (I love u mak..^_^ )

Ye,mak…irah ingat pesan mak….

Dan aku pun berjalan laju2 sambil berzikir…sambil2 tu mata melilau2 dok ushar2 gelagat orang….sungguh.aku xnampak sorang pun mamat ensem. (eh????ushar gelagat orang ke ushar mamat encem??) hahaa.

KANTOI. 

Sah2 la mamat2 encem dah jaoooh berlari kat depan2 tu…yg berjalan dan geng2 kat belakang yg xlarat lari ni mamat2 yang tak berapa nak encem sgt dah…hehe…(mak aku pesan jangan cari suami yang lawa sgt…cari yg biase2je…asalkan bertanggungjawab….) ade tak kat belakang ni?hahaaaa. no comment.

Shikin mule2 cakap “ok..takpe..kite jalan jek dulu..nanti dah kilometer ke 5ke…6 ke..kite lari,k? hahahaha…

Mmg tak lahhhhh…sampai sudah berjalan..=))

Ak rase shikin kesian je nk tgk aku lari….sbb tu dia mengalah nak berjalan je dgn ak…agak2 kalo aku ade teman berjalan yg lain,mesti dia lari dulu…aku rasa la…tapi dia xbuat la…sbb ktorang berjalan berdua…sesekali dia tarik la tangan aku..bagi sokongan dan suruh ak jalan cepat sikit…=))) thanks,king… for being so understanding...

Sesekali, bila ada camera terbang di atas kami, aku pun mendongak dan memberi  senyuman paling menawan (sila jangan munta..)….dan…shikin akan ketawakan aku sambil mengejek2…haha…biarlah~~~ ^_^

Ktorang sampai jugak kat km ke 7…=)) dalam masa 1jam 21min…=)) ranking ke 28++….=)) OK,WHAT???? 1km ktorang jalan dalam 10-12 min…=))




sebelum berlari...dengan nana n shikin....=))

sebelum berlari... dengan dayah n nana...=)

haa....mane kaki korang?

dayah n nana.... dayah=1jan 10min...nana 1jam...=))) mereka ini berlari dgn hebatnya..

ini rakyat beta...ramai woo..

dengan eleza...eleza=runner yang hebat. num 500 tau! non stop 7km wa cakap lu..

bajet wajah comel ~~ ciptaan Allah kan semua sempurna..dan cantik2...=))

lagi bajet wajah babyface...

ni yg buat peace tu mmg wajah babyface.

dengan eleza yg hebat.hehehe


Friday, April 11, 2014

rezeki..sesungguhnnya menerima dan kehilangan itu adalah rezeki..


Allah memberi rezeki kepada siapa yang diingini dan menahan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Maka..kepadaNya lah kita bertawakal dan berusaha.

Pada usia 27 tahun, masih belum bekerja tetap…masih belum berkahwin dan aku menyedari hakikat aku sebagai seorang perempuan.

Pada usia 27 tahun.. pada waktu kebanyakkan kawan2 seangkatan telahpun berkahwin… berkerjaya…. Malah ramai jg yang telah mempunyai permata hati. Alhamdulillah syukur… semuanya rezeki kurniaan allah.

Aku?

Bila ak kenangkan kembali…banyak sgt2 rahmat pemberian allah yg telah diberikan. Banyaksangat2.
Aku belum berkahwin…aku belum bekerja tetap…aku belum menyambung pelajaran secara official… aku belum mampu mempunyai kereta….aku belum mampu membeli rumah…aku belum mampu menghadiahkan peruntukan untuk mak ayah untuk merenovate rumah macam sepupu2 yg lain telah mampu lakukan terhadap ibu ayah mereka…semua aku belum mampu….nak beli smartfone pun xmampu..

Tapi tak jua aku merasakan akutidak mendapat rahmat dan kasih sayang allah…. Tidak…sungguh..allah itu maha pengasih maha penyayang… maha adil maha pemberi…. Maha mendengar dan maha mengetahui….sunggh…aku percaya perancangan allah itu adalah yang terbaik untuk aku…baik yang baik..mauhupun perkara yang aku sangkakan buruk…sungguh..akal fikiran kita sangat dangkal dalam mentelah rahsia ilmu dan kehalusan tarbiah dari pencipta kita… maka aku terus mempositifkan diri menghusnuzhon dalam setiap apa yang terjadi dalam jalan2 kehidupanku… bukankah allah ada berfirman dalam surah albaqarah ayat 216…yang boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amt baik bagimu…dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu….allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.. aku percaya itu.

Pada ketika sahabat2 lain berkahwin…pada ketika sahabat2 lain lebih awal menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi… aku pun xputus dari menerima rezeki dari allah… malah nikmat yang allah berikan malah lebih jauh lebih bermakna dari kegembiraan berkahwin atau menyambung pelajaran. Menjadi tetamu allah. Tuhan……… besar sungguh rahmatmu….. ramai orang berkahwin …berkerjaya yg sampai usia tua masih belum dijemput untuk menjadi tetamu allah… masih ramai orang yang alim beriman yang jauhh lebih merindui tanah sucimu yang masih belum berkesempatan mendapat undanganmu… masih ramai orang org2 kaya yang sgt mampu untuk pergi yang masih belum mendapat hidayah dan belum lg kau jemput menjadi tetamumu….

perjalanan selama 2 bulan di sana tanpa ditemani mak ayah atau saudara.. satu perjalanan tarbiah hati yang menuntut aku belajar dan terus belajar tentang hidup…budaya..fikiran…hati.. bayak ragam manusia yang tak perlu aku critakan…banyak kebaikan manusia yang aku saksikan…keajaiban keajaiban yang  aku menjadi saksi kehebatanNya… subhanallah… tak terucap oleh kata2…tak tertulis oleh pena..

 rindu… rindu untuk melalui detik2 setiap saat di sana…rindu untuk bertamu di tempat sucimu lg ya rabb…rindu melihat lautan manusia mengabdikan diri beribadah tanpa jemu…. Rindu saat menapakkan kaki menuju kaabahmu… rindu akan ketenangan yang aku rasa sepanjang disana Tuhan…


p/s: semoga perjalanan Mas salah seorang pelajar master di workstation ni selamat pergi dan balik dalam ziarah umrahnya esok, Sabtu…insyaallah…amin……

makcik2 penghibur hatiku...=)) di dalam masjidil haram...





pekerja menyapu butiran gandum sedekah manusia untuk burung..burung pun sampai tak larat nak makan..hehee... sini ialah tempat bas...kat belakang tu ada restoran2/kedai2 makan..macam2 jenis makanan ada...makanan turki..makanan arab...roti canai... heheheh...

kaabah. 

seketika sebelum mekah dilimpahi hujan rahmat..angin kuat sekali...

syukur,kita dapat pergi haji dengan tabung haji atau agensi2 haji yg menyediakan tempat tinggal...ramai juga jemaah haji yangdatang dari negara2 yang tidak menyediakan semua tu...mereka tinggal di dalam khemah sepanjang musim mengerjakan ibadah...khemah2 ni di dirikan di sepanjang jalan berhampiran masjidil haram...

nampaktak lautan biru kat sana? itu ialah orang indonesia... mereka mmg suka berjalan dalam kumpulan yang besar mcm tu... sigh~

manusia berjalan untuk memasuki masjidil haram...tangkap gmbr dari jambatan di atas..hehehe

tempat dimana nabi dan sahabat2 pernah bermesyuarat..





susu unta..heheh...1 botol=5riyal... =)))

unta2 yang comel di hudaibiah....





jual beli di bukit uhud..=))

di luar masjid nabawi... saya dan cik mah yg comel.=)))) 


sunset. tangkap gmbr dari dalam bas.hehehee. kalau xsilap, di hujung sana tu ialah thaif. tempat yang sejuk di area2 sana. jugatempat dimana dahwah nabi teruk ditolak sehingga malaikat mengoffer untuk diterbalikkan bumi thaif..tapi nabi muhammad sgt bersabar dan menolak usul malaikat. rasul cakap mereka berbuat jahat kerana mereka tidak tahu. baiknya hati nabi kita...

di luar masjidil haram...kalo ikut laluan belakang, akan lalu sini then lalutempat saie, br masuk ke kawasan masjid.. 

hajjah rokerrss...ya a awww~~ di belakang tu, gunung tu, gunung apa tah tak ingat...ada gua thur... tempat dimana nabi muhammad saw dan saidina abubakar bersembunyi sewaktu nabi diburu oleh musyrikin mekah... 

laluan org mendaki jabal rahmah..disepanjang2 pendakian ada peminta sedekah...subhanallah..

di puncak jabal/bukit rahmah...salah satu tempat yang makbulnya doa. tempat pertemuan nabi adam dan hawa..=))

khemah2 di mina.. 



 besar sungguh rahmat yang kau limpahkan kepadaku….masih jua aku mahu meminta2 tanpa malu… sesungguhnya aku manusia yang lemah ya rabb….

semoga ziarahku yg lalu bukan menjadi ziarahku yg terakhir…amin…..dan semoga sahabat2 ku yang lain…ibu ayah sahabat2ku…keluarga2 sahabat2ku…kami semua juga tak lama lagi dijemput untuk menjadi tetamumu ya allah…amin ya rabbal alamin… insyaallah…





Tuesday, April 1, 2014

hari ahad yg separa produktif. =D

Assalamualaikum…=)) hehe…

petang ahad yg lalu…aku sangat teramat amat sangat bosan…

Kalau aku ni shin chan…rasanya dah berguling2 dari bilik ke bilik dan keseluruh rumah untuk menghilangkan rasa bosan. TAPI AKU BUKAN SHIN CHAN..dayah msge suruh aku excercisse naik beskal..tapi aku naik 1km je..pastu aku bosan. Aku pun berhenti.

Dan…aku rasa nak memasak sumting..tapi apa? Hmmm pastu… aku pun mengorek2 dapur…heh…ade 2 ketul je kentang? Dah lemau pulak tuh? Hm…. Bawang pun ade 2ketul jgk…hm….ak tgk jam… dah kul 6.40pm..

Heh~ nak ke taknak…. Tapi aku bosan ni…..hm….tia pun dr pg dalam bilik buat kerja sekolah…huhuuuu..nak kacau kesian pulak..

Aku pun g la the nearest kedai yg ada.speedmart fasa 3.heh. memang dekatlah. Kena dgnslogandia…dekat lagimurah.=))) mmg kena lah dgn slogan..

Dalam kepala ada ubi..bawang…nugget… (dalam kepala? Bukan ada otak ke….)
Aku pun terus je g segment tu..dan merembat apa yg patut.  Tym nak q tu ada minah ni potong barisan pulak.haih…nasib baik aku baik.heh~

Sampai rumah. 7.15pm.

Kupas ubi..basuh. rebus. Sementra rebus ubi, aku potong bawang dadu. N nugget jugak. Sementara tunggu ubi lembut, ak tumis untuk inti. Lepas tumis siap, ubi pun agak2 dah mcm nak lembut, aku tutup api2 dua2. Tutup periuk yg ada ubi. Sementara tu panas tu ada lg boleh lembutkan ubi tu.
Tgk jam. 7.40pm. heh. Ak pun g membersihkan diri dan solat. Pas solat ak teringat ak xbuang lg air kat dalam periuk yg berisi ubi. Aku pun tos airnya dan tutup balik. Panas ada lg. sayang2. Tutp periuk balik rapat. Tingal atas dapur.

Lepas tu ak masuk bilik balik. Sambung buat perkara yg patut buat selepas solat mgrb.

Tgk jam. 8.15pm.

Ak kuar. Hehehe…tibalah masanya nak mencampurkan ubi dan tumisan nugget+bawang+kari tadi. = siapla inti.

Then aku buat doh. Ak nakbuat karipap pusing. Doh kene ade 2. Satu tepung gandum+ air +perasa(ikut suka…aku xletak pun)… dan 1 lg, tepung gandum+minyak.


 then, aku amek sikit doh minyak dan balut doh minyak dengan doh tepung mcm ni.



 then dia jadi cam nie



 then gelek dengan penggelek... kat umah ak xd penggelek...jadi ak gelek duna gelas.huahuahuaaaa!

gambo yg dah di gelek tlupe nak snap.

then...lepas gelek, kene gulung,jadik mcm ni.



then gelek lg skali...

jadi mcm nie


 then gulung lg skali...jadik mcm ni



then..boleh amek pisau n hepi birthday to me~~~ potong le... nanti dy jadi mcm ni


ommey,kann...ade lapis2....haa...then aku baringkan dia... dan gelek lg...


haa...nampak tak?nampak,tak? then boleh le letak inti...n kelim...hehehe....nanti dy jadik cenggini


haa....dan....mempersembahkan!!!!

tadaaaa!!!!!!!!!!!!




whoaaa!!!!!!!!!!! hehehe....

ok. dah. jgn nak komen "wahhhh! dah boleh kawin dah~~~" 

kawin nanti nak makan karipap pusing je ke hari2???

 ini je aku tau bt. ini pun blajar dari kwn yg mmg jual frozen food masa belajar kat shah alam dulu.. ecteli ade lg benda yg kena tambah tapi untuk makan2 dirumah yg santai, yg simple2 pun oke... org bujang bajet xbanyak,ye tak? heheee