Friday, April 11, 2014

rezeki..sesungguhnnya menerima dan kehilangan itu adalah rezeki..


Allah memberi rezeki kepada siapa yang diingini dan menahan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Maka..kepadaNya lah kita bertawakal dan berusaha.

Pada usia 27 tahun, masih belum bekerja tetap…masih belum berkahwin dan aku menyedari hakikat aku sebagai seorang perempuan.

Pada usia 27 tahun.. pada waktu kebanyakkan kawan2 seangkatan telahpun berkahwin… berkerjaya…. Malah ramai jg yang telah mempunyai permata hati. Alhamdulillah syukur… semuanya rezeki kurniaan allah.

Aku?

Bila ak kenangkan kembali…banyak sgt2 rahmat pemberian allah yg telah diberikan. Banyaksangat2.
Aku belum berkahwin…aku belum bekerja tetap…aku belum menyambung pelajaran secara official… aku belum mampu mempunyai kereta….aku belum mampu membeli rumah…aku belum mampu menghadiahkan peruntukan untuk mak ayah untuk merenovate rumah macam sepupu2 yg lain telah mampu lakukan terhadap ibu ayah mereka…semua aku belum mampu….nak beli smartfone pun xmampu..

Tapi tak jua aku merasakan akutidak mendapat rahmat dan kasih sayang allah…. Tidak…sungguh..allah itu maha pengasih maha penyayang… maha adil maha pemberi…. Maha mendengar dan maha mengetahui….sunggh…aku percaya perancangan allah itu adalah yang terbaik untuk aku…baik yang baik..mauhupun perkara yang aku sangkakan buruk…sungguh..akal fikiran kita sangat dangkal dalam mentelah rahsia ilmu dan kehalusan tarbiah dari pencipta kita… maka aku terus mempositifkan diri menghusnuzhon dalam setiap apa yang terjadi dalam jalan2 kehidupanku… bukankah allah ada berfirman dalam surah albaqarah ayat 216…yang boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amt baik bagimu…dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu….allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.. aku percaya itu.

Pada ketika sahabat2 lain berkahwin…pada ketika sahabat2 lain lebih awal menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi… aku pun xputus dari menerima rezeki dari allah… malah nikmat yang allah berikan malah lebih jauh lebih bermakna dari kegembiraan berkahwin atau menyambung pelajaran. Menjadi tetamu allah. Tuhan……… besar sungguh rahmatmu….. ramai orang berkahwin …berkerjaya yg sampai usia tua masih belum dijemput untuk menjadi tetamu allah… masih ramai orang yang alim beriman yang jauhh lebih merindui tanah sucimu yang masih belum berkesempatan mendapat undanganmu… masih ramai orang org2 kaya yang sgt mampu untuk pergi yang masih belum mendapat hidayah dan belum lg kau jemput menjadi tetamumu….

perjalanan selama 2 bulan di sana tanpa ditemani mak ayah atau saudara.. satu perjalanan tarbiah hati yang menuntut aku belajar dan terus belajar tentang hidup…budaya..fikiran…hati.. bayak ragam manusia yang tak perlu aku critakan…banyak kebaikan manusia yang aku saksikan…keajaiban keajaiban yang  aku menjadi saksi kehebatanNya… subhanallah… tak terucap oleh kata2…tak tertulis oleh pena..

 rindu… rindu untuk melalui detik2 setiap saat di sana…rindu untuk bertamu di tempat sucimu lg ya rabb…rindu melihat lautan manusia mengabdikan diri beribadah tanpa jemu…. Rindu saat menapakkan kaki menuju kaabahmu… rindu akan ketenangan yang aku rasa sepanjang disana Tuhan…


p/s: semoga perjalanan Mas salah seorang pelajar master di workstation ni selamat pergi dan balik dalam ziarah umrahnya esok, Sabtu…insyaallah…amin……

makcik2 penghibur hatiku...=)) di dalam masjidil haram...





pekerja menyapu butiran gandum sedekah manusia untuk burung..burung pun sampai tak larat nak makan..hehee... sini ialah tempat bas...kat belakang tu ada restoran2/kedai2 makan..macam2 jenis makanan ada...makanan turki..makanan arab...roti canai... heheheh...

kaabah. 

seketika sebelum mekah dilimpahi hujan rahmat..angin kuat sekali...

syukur,kita dapat pergi haji dengan tabung haji atau agensi2 haji yg menyediakan tempat tinggal...ramai juga jemaah haji yangdatang dari negara2 yang tidak menyediakan semua tu...mereka tinggal di dalam khemah sepanjang musim mengerjakan ibadah...khemah2 ni di dirikan di sepanjang jalan berhampiran masjidil haram...

nampaktak lautan biru kat sana? itu ialah orang indonesia... mereka mmg suka berjalan dalam kumpulan yang besar mcm tu... sigh~

manusia berjalan untuk memasuki masjidil haram...tangkap gmbr dari jambatan di atas..hehehe

tempat dimana nabi dan sahabat2 pernah bermesyuarat..





susu unta..heheh...1 botol=5riyal... =)))

unta2 yang comel di hudaibiah....





jual beli di bukit uhud..=))

di luar masjid nabawi... saya dan cik mah yg comel.=)))) 


sunset. tangkap gmbr dari dalam bas.hehehee. kalau xsilap, di hujung sana tu ialah thaif. tempat yang sejuk di area2 sana. jugatempat dimana dahwah nabi teruk ditolak sehingga malaikat mengoffer untuk diterbalikkan bumi thaif..tapi nabi muhammad sgt bersabar dan menolak usul malaikat. rasul cakap mereka berbuat jahat kerana mereka tidak tahu. baiknya hati nabi kita...

di luar masjidil haram...kalo ikut laluan belakang, akan lalu sini then lalutempat saie, br masuk ke kawasan masjid.. 

hajjah rokerrss...ya a awww~~ di belakang tu, gunung tu, gunung apa tah tak ingat...ada gua thur... tempat dimana nabi muhammad saw dan saidina abubakar bersembunyi sewaktu nabi diburu oleh musyrikin mekah... 

laluan org mendaki jabal rahmah..disepanjang2 pendakian ada peminta sedekah...subhanallah..

di puncak jabal/bukit rahmah...salah satu tempat yang makbulnya doa. tempat pertemuan nabi adam dan hawa..=))

khemah2 di mina.. 



 besar sungguh rahmat yang kau limpahkan kepadaku….masih jua aku mahu meminta2 tanpa malu… sesungguhnya aku manusia yang lemah ya rabb….

semoga ziarahku yg lalu bukan menjadi ziarahku yg terakhir…amin…..dan semoga sahabat2 ku yang lain…ibu ayah sahabat2ku…keluarga2 sahabat2ku…kami semua juga tak lama lagi dijemput untuk menjadi tetamumu ya allah…amin ya rabbal alamin… insyaallah…





1 comment:

  1. MasyaAllah..hajjah sungguh....mohon doa nya supaya kami yg lain sampai untuk menyempurnakan rukun ke 5...

    ReplyDelete