Wednesday, October 1, 2014

Kasih mereka.. ayah dan ibu..




Beberapa minggu yang lalu aku berkesempatan untuk bersama2 pergi ke Melaka..ni first time aku ke melaka seumur aku 26tahun 11bulan ni tauu... tu pun sebab adikku baru dapat kerja di sana..

 jadi, hari jumaat pagi tu aku bertolak dari puncak alam pulang ke ipoh… sebab xd siapa nak drive ke Melaka..memang lah mak boleh drive,tapi xsampai hati pulak biar dia drive.. ipoh-melaka bukan dekat.. 

Plannya begini: 

pagi jumaat bertolak dari puncak ke ipoh.. 

petang jumaat bertolak dari ipoh ke pandan indah (ziarah kakak ayah sekejap) bandar teknologi Kajang (rumah abang).

Sampai di ipoh tengah hari tu… terkejut ak tgk…atas dapur…banyaknyaaa mak ayah masakk…. Atas dapur ada rendang pedas ayam kampong mak masak…. Nasi impit…. Belum lagi dalam peti ais..ayah dah masak rendang daging…rendang tok… 

macam RAYA!!!! 

mak masih lagi nak suruh ak masak ikan pari untuk ditinggalkan untuk kakak yang tinggal di rumah. (sebab esok dia ada photoshoot org kawin..jadixdapat ikut)...Alahai…..manjanyaa....aku yang baru sampai dari puncak ni...tengah penat2 ni disuruh masak untuk org yang memang bercuti dirumah?? Ape2 je lah~~~ memang aku ni dasar anak pungut!! hehehe...tak lah... aku ni anak emas. ^^,

Sampai je rumah mak minta ak masuk2kan lauk dalam bekas… 1 bekas untuk cik cah..(adik mak)… 1 untuk kakak ayah…1 untuk abang…dan 1 untuk iwan (adik)… bersungguhlah mak memunggah bekas dan sia dia untuk letak lauk.. dalam hati aku… entah bila lah mak masak semua benda ni…dah macam raya pulak…macam RAYA!!!!  belum masuk lagi bab ikan keli yang dia tangkap kat kampong untuk bagi2 abang dan kakak ayah…tempoyak.... hailah….. dasar orang kampung masuk ke bandar sunggoh! hehee.....

Dah siap semua lauk aku packing,  aku freeze kan semua dalam freezer…mak sebok dok cari2 barang… entah apalah lagi mak aku ni…. Rupa2nya sebok mencari baju uniform adik aku yang dia tinggalkan..dia xminta bawak pun…tapi…sebab keprihatinan emak, dia selongkar jugak…

“baju ni iwan tak nak bawak sebab dia kata besar… belum di oter lg… tapi bawak ajelah kan? nanti boleh tukar hari2..tak de lah nak kena basuh selalu..”

Mak Tanya pendapat aku…padahal dia dah decide dah pun…

“bawak je lah mak”… aku menjawab sekadarnya..

Lepas tu mak ke depan… karpet menghabisan stok jakel yang aku beli raya lepas dia dah siap2 lipat…nak bagi kat iwan katanya…bawaklah mak…

tyme lunch hari tu mak tak lalu makan… penat aku suruh dia makan…las2 dia makan telur goreng dengan nasi..adalah sesedu… Lepas tu dia mintak aku buatkan air glucose… alah…air glucose…yang  masa kecik2 sebelum stat lumba lari cikgu dok bagi minum tu.. ha…air tu lah,.. dia minum air tu…untuk tenaga katanya… aku iyakan aja…

Dalam hati…aku tahu… hati mak taksabar2 dah nak sampai umah anak dia…abang aku…. ni first time ayah mahu tidur di umah abang...rumah baru...setelah sengketa lama telah pun dilupakan...kasih mereka...terima kasih allah kerana melimpahkan rahmat dan melembutkan hati semua...agaknya ayahberlembut hati =))

Dalam kereta mak tak tido… rancak bercakap…bersembang dengan ayah…entah apa dorang sembang aku pun tak ingat…mak mcm terlebih gula pun ada... dah tu...minum glucose...hehe... aku layan blues je sambil drive dengan machonya..anak jantan le katakannn..(ehh?? Heeheeee)

Tiba2 ayah cakap “mak dari semalam tak tido…dia masak rendang ayam sampai pukul 4 pagi, ayah terjaga tgk dia xtido lagi…entah pukul berapa dia tido semalam..”

Hmmm…. 

“ayah tu 3 hari lepas buat rendang tok… mak tak tolong langsung..semua dia buat sendiri..mak demam masa tu..”
 
Mak pulak cakap… 

hmmmmmmmmmmmm…………


Begitulah excitednya mak ayah kita nak pergi rumah anak2… dah plan awal2…mana awas2 nak buat masakan...mana nak sembelih ayam...nak siang...nak masak.…seminggu awal dah sedia…. 

kita nak balik kg jumpa mak ayah bawak apa?hehehe...

Sejujurnya…aku rasa bersyukur…hiba…. Terharu… gembira… semua bercampur seia sekata macam sambal belacan yang dah lumat ditumbuk… 

terima kasih allah… 

Kerana memberi kesihatan kepada keduanya… memberi kekuatan kepada semuanya… dan terima kasih allah di atas segala galanya…nikmat yang tak terhitungkan…yang takkan habis ditulis… walau ditambah lagi 7 lautan untuk dijadikan dakwat untuk di isi pada tinta….


sebab ni first time ke kajang, maka kami tunggu di masjid kajang sebelum dijemput oleh kak lia (bini abang) dan sofiy..

di majlis perkahwinan ayah..ehh?? anak kawan ayah lahh...=))

anak emak... jelous aku mak ayah belikan dia peti ais...dapur... stok makanan,... etc.... jelous2.... serius jelouse...

mak and the boys... imran..iwan..mak..dan abang ijan..

imran dan sofiy... sorang berurut...sorang men game...

seronok dia dapat test ride motor ni...semakin bersemangat lah dia untuk kumpul duit nak beli sok..

gmbr masa kenduri.. gmbr ni blurr...bukan sebab fon xelok,ok...org yang tangkap gmbr terzoom....salahkan dia.  

ke melaka xjalan mana pun...sampai dah jam 3ptg...g kenduri terus...lepas kenduri kemaskan rumah baru adik aku yang mmg tak gaya rumah langsung... jam 6-9mlm, sementara mak ayah dan dua adik keluar cari barang, aku, abang, sofiy dan kak lia kemas rumah..panaskan lauk bekal (pakai rice cooker yg bawak dari ipoh)..tampal lubang2 di simen...pasang tikar getah...mlm tu mak ayah balik tu dah lenguh2 kaki...cari barang.... FYI, mak ayah aku bukan jenis yg bawak anak berjalan ke shoping2 kompleks... jadi, bila keadaan memaksa dorang pusing town dan pusing tesco untuk cari barang, maka cepatlah penat....ayah dah minta untuk di picitkan kaki balik tu...mak pun sama...

aduhai.... kasihan mereka... 

ya allah....semoga kelenguhan kaki yg mereka alami untuk kesenangan anak2 mereka akan kau balas dengan pahala yang berganda222....limpahkanlah rahmat dan kasih sayangmu kepada kedua ibu ayah kami...sayangi mereka...kasihani mereka..melebihi dari kasih sayang yang mereka curahkan kepada kami sejak sebelum kami lahir lagi sampai sekarang ya allah... ameennn....


harapan iwan nak bawa semua keluar g jonker walk malam tu mmg xboleh diteruskan...walaupun xsempat jalan2...tapi xpelah...ade rezki lebih,kita pergi lagi,ye --> pujuk hati sendiri (-_-)


 sekian sahaja buat kali ini...=)
  
p/s: bila duduk saja2 tu...bacalah fatihah dan hadiahkan kepada mak ayah kita...yg masih ada...mahupun yang telah berpindah alam... sungguh...doa anak yang soleh kepada mak ayah nya takkan ditolak allah... persoalannya... sudah cukup soleh/solehah kah kita?...hehee....entahlah...

Wednesday, July 9, 2014

Sejak radio AFY ku rosak seminggu dua ni….




sejaK radio AFY 8649 ku rosak...
aku terasa sungguh sunyi..

lebih2 lagi bila saat terpaksa memandu jauh dan seorang diri… pulang dari kg hari tu aku sampai tersenguk2 kengantukan...sudahlah puasa.... Sampai aku terpaksa berhenti dan tidur di RNR tapah…sampai dalam lelapku aku sempat bermimpi di dalam kereta…mimpi hantu pulak tu~…ches! hantu tu nakmasuk ikut pintu belakang AFY.. tapi bila aku cuba nak toleh/halang tak dapat…aku xdapat bergerak untuk menoleh pun…nasib sekejap je..mimpi ngeri pun berlalu dan aku terjaga…dan meneruskan pemanduan pulang ke puncak alam…bukan taknak pasang  lagu atau mp3 motivasi dari fone..tapi….too bad~~ fone pulak da low bat…. Takut ape2 jadi tak boleh guna fone, lagi....haru…

Sunyi,kan takada bunyi…. Tak ada bunyi….tak ada suara…tak dengar tawa gembira…. Tak dengar esak tangis…tak dengar jerit pekik…. Dan kesunyian ketiadaan radio yang sekejap membuatkan aku terfikir tentang betapa sunyi mereka yang tidak dikurnia nikmat pendengaran….bersyukurlah diri….. banyak2kan lah bersyukur wahai diri…  itulah… sementara masih dikurnia nikmat mendengar…dengarlah dan ambillah pelajaran daripadanya… dengarlah perkara2 yang baik…  lebih2 lagi sekarang ni bulan ramadhan….


“Apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar dan memahami (kebenaran)?. Mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak malah lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu”. surat Al-Furqon, ayat 44

jangan samakan diri anda dengan ayam itik atau mana2 binatang ternak...  Dengarlah dan berlapang dada lah dengan apa yang kau dengari…dan setiap hikmah boleh dikutip dari setiap detik dalam kehidupan dan jua dari setiap yang kau temukan dalam hidupmu… hatta dari hikmah kejadian sebatang pensel pun.. kerna seandainya tuhanmu mahu, boleh saja dia menjadikan dirimu seekor burung...sekuntum bunga...atau seketul batu di jalanan...tapi tuhanmu memilih untuk menjadikan kamu seorang manusia...seorang khalifah...

" maka nikmat Tuhanmu yg manakah yg kamu dustakan?" -surah ar-rahman-



p/s: lately aku agak tidaklah sebosan dahulu...alhamdulillah ada benda untuk dibuat..tidaklah aku mati kutu tertunggu2 kerja untuk dibuat.… sebab aku xbanyak masa…jadi, aku tak dapatlah merepek panjang2.. haha…jom buat karazaaa!!!

Tuesday, June 3, 2014

sejak ada fone baru ni..... =D

Sejak ada fone baru ni...aku rajin jugak contact/wasaap dengan kawan2 lama....

tadi aku berwasap dgn seorang sahabat yg ku kenal masa di matrix gopeng...=))

namanya nur hidayah...ak pgl dia dayah je...baik budaknye... dia panggil aku 'mama'....pergh.... sweet tak sweet tak..hahaha..zaman matrix...biasela..budak baru nak up.

masa tengah chat tu jam dalam kul 4.55pm...tetibe dia ckp

"jap tau..dayah nak asar dulu...dah lambat dah nk asar ni.... "

subhanallah....

aku pun terkaren sekejap...touching sampai terasa dihati...4.55pm dia kata dah lambat nak asar?? 4.55pm?

tuhann..... dengan panas muka, aku pun sengih....biasala...nak kaver malu...sengih larr...(macam la dia nampak,kann..)

 sempat ieza yg baru masuk workstation tanya "kenapa akak tersengih2??"

heheee...aku pun sempat la explain situasi yg melanda... dan cakap...

''kalau kita, 4.55pm ni kalau asar,kira dah awal dah....haha...''

aku pun p masuk surau dan solat....

terus teringat kata2 akak2 naqibah masa duduk hostel form 4 n form 5 dulu...

"kita selalu melambat2 kan waktu solat... padahal solat tu adalah keperluan kita terhadap allah...bukan keperluan allah terhadap kita.....allah xperlu pun solat kita tu...solat tu salah satunya saat kita berdoa..meminta kepada allah.....dan bila kita melewat2 kan solat...nak ke kita kalau allah juga melewat2kan pemberian rahmatnya kepada kita?...tidak takutkah kita seandainya allah juga sengaja melambat2kan permintaan kita??"

berderau darah bila teringat...terima kasih sahabat di atas ingatan itu... insan itu kan sifatnya pelupa. 

=)) 


 ..................


.....................



.....................


lepas solat, aku dan dayah pun sambung wasap.... baru dia ckp dia kat sabah sekarang...

DUSH!! larrrr..........kat sabah mmg la maghrib masuk awallll!!!! magrib masuk jam 5.50pm-630pm kott... asar masuk jam 3.30pm lebih kurang...hahahaha...

anyway...thanks...=))))  hihii

 

 






Thursday, May 22, 2014

Post ini untuk diriku..



















Hidup kita berbeza… saiz kasut pun xsama..

raja…xmungkin faham rasa menjadi hamba….

Ikan jua tak mungkin akan faham rasa menjadi seekor kucing…

nikmatnya kotor lumpur dibadan si kerbau takkan mau terpalitkan walau sedikit di kaki kuda… kalaupun terpalit…kuda takkan faham bagaimana rasa untung dibawa lumpur…

jijik cacing ditanah  dipandang mata tapi sedap pada sang ayam….. kita pun takkan pernah faham rasa sedap yg dirasa sang ayam.. 

BAHAGIA....

Itu subjektif. 

….......

Sesungguhnya aku sering bertanya kepada diriku…….

apakah aku ini tak ada cita2 dan impian? Dan mengapa hidupku tidak selelah mereka….

Akukah yang tak berupaya untuk hidup…
akukah yang tidak berhajat dalam kehidupan….
akukah yang tidak bercita2 tinggi…. 
Atau akukah yang tak mahu bersusah2 untuk mencapai cita2….
Akukah?

Sejujurnya….aku pun penat melihat mereka berpenat……….hatiku perit……..sakitnya dalam….lukanya taknampak……..
Aku ingin mereka Tenang….

Tenang jua subjektif….

Tenang padaku…mungkin saja sunyi pada mereka…..
Bising padaku…mungakinsaja meriah bg mereka….
entah. aku tak tahu…

Sungguh…. Aku tak dapat meneka apa difikiran mereka…apa di hati mereka…..

Aku Cuma mahu 1….
Agar mereka menghayati erti2 hidup di usia tua…..
dah cukup mereka berpenat lelah membanting tulang di usia muda….mengapa nak terus mengabdi tubuh pada harta dunia.. memungut sisa yg tak seberapa… bukanlah lebih molek kalau usia emas itu disibukkan dengan ibadah kepada tuhan?  

Ibadah kepada tuhan jua pada firasatku terlalu subjektif. 

Kita..mungkin saja mudah mengira ahli masjid sebagai org yg banyak beribadah… tapi allah jua maha pemberi rahmat … aku percaya setiap perkara baik yang diniatkan kearah kebaikan…pasti akan mendapat pahalanya yang berbeza nilai…terpulang kepada keikhlasan hati manusia dan allah pasti sangat adil dalam pemberian rahmatnya. .. soalnya.. pahala dan dosa itu bukan hak manusia untuk dinilai atau dipersoal.. 

Aku…mungkin sahaja mudah mengandaikan mereka sibuk dengan urusan dunia sampai lupa beribadat kepada allah……………astagfirullah..………beribadat itu, memangnya hanya di surau3..di masjid2…atau di tikar sejadah? 

tahukah aku seandainya sewaktu mereka sibuk menjalani kehidupan dunia, lidah mereka tak henti mengucapkan zikir kepadaNya? Tahukah aku entah2 pada waktu mencangkul tanah itu hati mereka ikhlas mengucapkan taubat mengingati kebesaran allah? Saat memotong rumput hati mereka mengucapkan syukur? Tahukah aku akan apa yang sarat dalam fikiran mereka? Ya…aku tak tahu…jadi jangan mudah memikirkan yang tidak2..  

aku Cuma sedih bila melihat betapa terkejar2 mereka dalam menjalani urusan dunia….. 

pernah suatu ketika aku menziarah rumah seorang sahabat di n9… sesaat kaki melangkah masuk ke dalam rumahnya…. 

Bahagia kurasakan meresap ke dalam hati.. terasa betapa benar ungkapan “rumahku syurgaku” yg tak pernah akurasakan sebelum ini…… org yang mencipta ungkapan itu pastinya terlebih dahulu merasakan bahagia tatkala dirumahnya…=)) 

lapang…. Damai….luas…. hening…. Tiada lgsg unsur2 kebanggaan dunia untuk dipamerkan….zuhud,,.. 

 Tuhan……. Seandainya aku punya kesempatan untuk memiliki rumah sendiri suatu hari nanti… semoga aku mendapat “rasa” begini di dalam rumah tersebut….

 

Tuesday, May 13, 2014

THE MUST READ BOOK (NOTA CINTA UNTUK CIKGU-Fatimah Bunyamin)

ASSALAMUALAIKUM..
 
 aku baru je beli buku ni tym menghabiskan baucer buku hari tu...xplan pun nak ambil this book at first...tapi hati aku tergerak untk ke bahagian itu dan tangan aku jua tergerak untuk mencapai buku ni sebab dari tepi nampak cantik dan lovely...=)) ehem2...mood mcm berbunga2 je? hahaa....

dan alhamdulillah.....
 mmg tak rugi untuk aku beli...sangat...sangat...sangat menyentuh hati dan membuka fikiran.... tulisan fatimah bunyamin...ini karya dia yg pertama aku beli..dan tak sure if dia ada buat buku lain tapi buku ni..much10000x better than ada satu buku yg aku beli 'cara mendorong pelajar corot' tulisan ____________.

buku ni, sangat mudah pendekatannya...dan sangat kreatif penulisan dia..gaya bahasa dan penceritaan yang bersahaja tapi penuh berhikmah..telah membuatkan aku baca dari awal sampai habis one shot. hehehe...banyak kisah berhikmah yg dari pengalaman penulis sendiri..

aku....sangat suggest kepada bakal2 guru....guru2...guru tusyen...guru pendidikan khas.....malah bakal ibu,ayah yg merupakan guru pertama buat anak2....mari belajar cara psikologi untuk menawan hati anak... 

"maka dengan rahmat Allah engkau bersikap lemah lembut terhadap meeka. sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka lari dari sekitarmu"  -surah ali-imran;159-


akhir kata..ingin aku menaip antara kata yg terkandung didalam buku yg membuat aku tersentuh jua...

"kalau kanak2 tidak dapat belajar dengan cara kita mngajar, maka kita mesti mengajar mereka mengikut cara mereka dapat belajar"   -Pillock & Loaller-





Thursday, April 24, 2014

menjadi pelajar semula. (^^,)



23 april 2014 (rabu)

Mendaftar kan diri sebagai pelajar master di uitm. Perjalanan hari ini,Alhamdulillah…syukur…semuaberjalan dengan sangat lancar tanpa ada sebarang masalah…syukur, dipermudahkan Allah… 

Bertolak dari puncak jam 11++am…setelah dapt tandatgn dr.maria (untuk bhg fakulti)…penyelaras postgradstudent… sampai s.alam terus ke pk…hntr medical checkup..then ke menara saas….nak mintak sign en.fakharul tapi encik xd pulak…then tpaksa mintak sgn en shamsul… sebagai pengadil untuk permohonan mybrain.. dia xpernah pulak ajar ak…setelah beberapa soal jawab dengan en.sham, akhirnya dia setuju jugak nak sign as pengadil untuk mybrain ak…syukur..=)))….

Naik tingkat 6 menara saas, n buat kad matrix… xsampai 5 minit…siap..alhamdulillah…xpayah beratur pun..syukur Alhamdulillah…then nak g ipsis n igs dah jam 1pm…ak,iqa n shikin pun g mkn kat giant s13.. ade budak ngidam nak sizzling…haish..ngalahkan org pregnant 6bulan.lepas makan g solat kat giant n trus g OUM…kat s.13 jgk…shikin nak hantr claim haritu xsiap2…then, jam 2.30pm g ipsis n igs kat intekma. Kat sana pun syukur…semua selamat…dan mudah…dan cepat…=)jam 4 dan sampai puncakalam dah…hntr ofer leter yang igs dah cop kat zana n trus g amek baucer buku…=))) mihihhi…xsabonyeeee nak soping buku2 tuuuu!!!!!!!!!!!!! Heheheheheh



dapat kat ipsis....


Petang tu,lepas solat asar,kami pun pergi ke tasik untuk menjamu ikan2 yang kelaparan..=)) ada mereka yang cuba membuat onar dengan cubaan menangkap ikan. Tgk.gambar telah di snap.lepas ni aku hntr kat pak gad. Hehe..ok.aku acah je..

ikan kat sini mmg jinak2..=)) lepas tangkap,ktorang lepasbalik...=)))) saje nak main tangkap,tanda,lepas dan tangkap semula..

budak sham ni pun satu...geram smp plastik pun bolehjadi jala..=))

aku berharap sgt dapat grad on time...aku rasa semua budak postgrad research akan ad harapan yg sama... dan aku harap sgt time konvo nanti boleh bawak mak ayah n incik husband hahahahaha(kalaulah.....ok..sila aminkan semoga aku cepat bertemu jodoh yg terbaik untukku..)..

=)) ameenn....=))