Wednesday, July 9, 2014

Sejak radio AFY ku rosak seminggu dua ni….




sejaK radio AFY 8649 ku rosak...
aku terasa sungguh sunyi..

lebih2 lagi bila saat terpaksa memandu jauh dan seorang diri… pulang dari kg hari tu aku sampai tersenguk2 kengantukan...sudahlah puasa.... Sampai aku terpaksa berhenti dan tidur di RNR tapah…sampai dalam lelapku aku sempat bermimpi di dalam kereta…mimpi hantu pulak tu~…ches! hantu tu nakmasuk ikut pintu belakang AFY.. tapi bila aku cuba nak toleh/halang tak dapat…aku xdapat bergerak untuk menoleh pun…nasib sekejap je..mimpi ngeri pun berlalu dan aku terjaga…dan meneruskan pemanduan pulang ke puncak alam…bukan taknak pasang  lagu atau mp3 motivasi dari fone..tapi….too bad~~ fone pulak da low bat…. Takut ape2 jadi tak boleh guna fone, lagi....haru…

Sunyi,kan takada bunyi…. Tak ada bunyi….tak ada suara…tak dengar tawa gembira…. Tak dengar esak tangis…tak dengar jerit pekik…. Dan kesunyian ketiadaan radio yang sekejap membuatkan aku terfikir tentang betapa sunyi mereka yang tidak dikurnia nikmat pendengaran….bersyukurlah diri….. banyak2kan lah bersyukur wahai diri…  itulah… sementara masih dikurnia nikmat mendengar…dengarlah dan ambillah pelajaran daripadanya… dengarlah perkara2 yang baik…  lebih2 lagi sekarang ni bulan ramadhan….


“Apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar dan memahami (kebenaran)?. Mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak malah lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu”. surat Al-Furqon, ayat 44

jangan samakan diri anda dengan ayam itik atau mana2 binatang ternak...  Dengarlah dan berlapang dada lah dengan apa yang kau dengari…dan setiap hikmah boleh dikutip dari setiap detik dalam kehidupan dan jua dari setiap yang kau temukan dalam hidupmu… hatta dari hikmah kejadian sebatang pensel pun.. kerna seandainya tuhanmu mahu, boleh saja dia menjadikan dirimu seekor burung...sekuntum bunga...atau seketul batu di jalanan...tapi tuhanmu memilih untuk menjadikan kamu seorang manusia...seorang khalifah...

" maka nikmat Tuhanmu yg manakah yg kamu dustakan?" -surah ar-rahman-



p/s: lately aku agak tidaklah sebosan dahulu...alhamdulillah ada benda untuk dibuat..tidaklah aku mati kutu tertunggu2 kerja untuk dibuat.… sebab aku xbanyak masa…jadi, aku tak dapatlah merepek panjang2.. haha…jom buat karazaaa!!!